Thursday, May 21, 2009

002 - Pendahuluan Buku Membela Sunnah Nabawiyah

Pendahuluan

Buku Membela Sunnah Nabawiyah : Menjawab Syubhat Buku Bid’ahkah Kenduri Arwah dan Talqin (MSN) merupakan tulisan guru kami, al-fadhil Ustadz Abdul Wahab Ibn Bustami -hafizhahullah-. Membahas mengenai tulisan karangan Zamihan al-Ghari yang bertajuk “Bid’ahkah Kenduri Arwah Dan Talqin (BKADT)” terbitan Tera Jaya Enterprise Selangor cetakan pertama 2001.

Sedikit latar belakang mengenai buku ini bahawa ianya merupakan teguran dan bantahan terhadap buku Zamihan BKADT yang mengandungi banyak syubhat dan penyelewengan. Sebagaimana yang dikemukakan oleh Ust Abdul Wahab di mukaddimah kitabnya, tujuan utama penulisan buku ini adalah amar ma’ruf nahi mungkar.

Ini kerana Zamihan al-Ghari telah menisbatkan amalan menunggu kubur sebahagian dari amalan para sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Sedangkan nash yang dibawakan oleh Zamihan keseluruhannya samar-samar dan tidak ada riwayat yang sahih mengenai perkara ini. Kemudian Zamihan juga telah membawakan beberapa topik seperti wujudnya bid’ah hasanah, hukum beramal dengan hadis dhaif dan lainnya yang Insya Allah akan kami kupaskan satu persatu.

Saya (Abu Hurairah) hanya akan membawakan beberapa poin penting sahaja yang terkandung di dalam buku ini, memandangkan ianya mengandungi manfaat yang besar bagi seluruh kaum muslimin untuk mengetahui hakikat sebenar mengenai bid’ah , kenduri arwah dan talqin juga segala syubhat yang dibawakan oleh orang-orang yang memusuhi sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Antara poin yang akan dibahaskan ialah :

1)Semua Bid’ah adalah sesat

2)Pembahagian Bid’ah

3)Sunnah hasanah bukan, bid’ah hasanah!

4)Adakah mengahadiahkan pahala bacaan al-qur’an sampai kepada si mati?

5)Dalil-dalil dan pernyataan-pernyataan para ulama berkenaan mayat tidak boleh mendengar

6)Hukum berhujah dengan hadith Dhaif pada fadhilat-fadhilat amal

7)Kedudukan hadith-hadith talqin kepada si mati setelah dikebumikan

8)Benarkah para sahabat, Tabi’in dan orang-orang soleh terdahulu menunggu kubur si mati?

9)Asal ibadah adalah terlarang kecuali ada dalil yang mensyariatkannya


Manhaj saya dalam menukil apa yang dikarang oleh guru kami, saya meringkaskan footnote untuk segala rujukan kerana ingin meringkaskan perbahasan.

Saya menamakan Ustadz Abdul Wahab sebagai Ustadz dan Zamihan sebagai Zamihan ketika mengulas beberapa poin yang saya kira perlu untuk diterangkan bagi menambahkan lagi kefahaman dan juga dalam beberapa contoh yang saya sertakan sebagai tambahan.

Untuk buku Membela Sunnah Nabawiyah : Menjawab Syubhat Buku Bid’ahkah Kenduri Arwah dan Talqin saya namakan dengan MSN dan untuk buku Bid’ahkah Kenduri Arwah Dan Talqin saya namakan dengan BKADT.

Kami memohon kepada Allah agar mengurniakan kepada kita seluruh umat islam jalan yang lurus yang ditempuh oleh para Nabi dan Rasul, juga para pengikut mereka. Inilah jalan Salafus Soleh. Semoga Allah memberikan kepada kita manfaat hasil dari tulisan ini. Wallallahul muwaffiq

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum,

    anda memerangi taqlid, tapi sama jugak bertaqlid pada guru anda. Apa beza?

    ReplyDelete
  2. wa'alaikum salam..
    saya rasa tuan tentu tau definisi taqlid.
    bezakan antara taqlid dengan ittiba'..

    Berkata Imam Al-Ghazali : “Taqlid adalah menerima sebuah pendapat tanpa berdasarkan dalil dan hujjah (al-Quran, Hadits, Ijma’ dan Qiyas)”. (Al-Ihkam Fi Ushul Ahkam 4/221)

    Ada juga ulama yang menafsirkan bahawa taqlid itu ialah : “mengambil dan mengikut pendapat orang lain tanpa berdasarkan dalil dan hujjah”. (Irsyadun Nuqqad ila taisiril Ijtihad ms. 155)

    saya mengikut pendapat ustaz saya yang mempunyai dasar, silakan tuan perhatikan tulisan guru saya, semuanya berdasarkan hujjah daripada para ulama. saya mengenal guru saya, dia tidak akan bercakap melainkan kalau perlu dan telah dibahas oleh para ulama.
    wallahi saya tidak akan memuji manusia melainkan memang dia benar2 layak utk dipuji.

    Beliau tidak pernah suruh menerima pendapatnya bulat2, melainkan beliau membawakn pernytaan para ulama. ini sama dengan sikap para aimmatul arba' :

    Berkata Imam Abu Hanifah : Tidaklah dihalalkan bagi sesiapa menerima pendapat kami jika mereka tidak tahu dari mana kami mengambilnya. (Al-Intiqa Fi Fadhail al-tsalatsah al-Aimmah)

    Berkata Imam Malik : Aku hanya manusia yang mana pendapat aku terkadang benar dan terkadang salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Quran dan Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Quran dan Sunnah, tinggalkanlah”. (Jami’ al-Bayan al-’Ilm 2/32)

    Berkata Imam Syafie ketika menasihati salah seorang muridnya: Hai Abu ishaq, janganlah engkau mengikut sahaja segala apa yang aku ucapkan, kajilah dahulu kerana apa yang aku ucapkan ini adalah masalah agama. (Mizan al-kubra 1/192)

    Berkata Imam Ahmad: Dapatkanlah ilmu dengan cara yang ditempuh oleh para imam mujtahid dalam mendapatkan ilmu, janganlah berpuas hati dengan hanya bertaqlid. Kerana taqlid itu bagaikan orang yang buta. (Mizan al-kubra 1/32)

    Allahu a'lam

    ReplyDelete